Takumi23

Sunday, March 12, 2006

Gambar-gambar perangkat keras


Papan Induk,(Mother Board) di sinilah terletaknya segala-gala komponen, soket-soket dan chip-chip elektronik. Papan Induk menyediakan soket-soket untuk menyambungkan bekalan kuasa, Chip Ingatan (RAM), Unit Penyelengaraan Pusat (CPU). Disinilah juga kabel-kabel disambungkan kealat-alat penting saperti cakra-pengerak Keras (Hard Disk Drive) Cakra-Padat (CD-ROM / DVD-ROM) Cakra-Felopi (Floppy Drive) dan segala-gala Kad saperti Kad Grafik, Kad Bunyi, Kad Modem dan lain-lain. Saya akan menerangkan dengan lebeh lanjut lagi berhubung dengan Papan Induk diBab Papan Induk dikandungan selanjutnya.




Kad Video (VGA / Video Card) hanya boleh dipasangkan keport PC I nama penuh teknikalnya ialah Peripheral Connect Interface atau pun AGP (Accelerated Graphic Port) Kabel Alat Pengawasan (Monitor) disambungkan ke VGA port yang terletak dikad grafik tersebut terletak dibahagian belakang peti komputer. Ada berberapa jenis kad grafik terdapat dalam pasaran bermula dengan video ram sebesar 16MB sahingga lah ke 256MB. Lebeh besar video ramnya lebeh mahallah harganya. Bagi anda yang mengunakan komputer untuk bermain permainan komputer atau untuk kerja-kerja berhubung dengan grafik dan video editing maka anda perlulah mendapatkan kad grafik yang berkualiti bersertakan dengan video ram yang tinggi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home